Sunday, 14 December 2014
KERINDUAN PADAMU TAK MAMPUKU PADAM BIARPUN HADIR PERSIS KAMU...
* sungguh merindu pada yang tiada suatu keperitan,
ya allah,
sungguh penantian ini satu penyeksaan ..
namunku percaya bahawa dengan berkatnya sabar..
maka akan lahirnya hati yang redha dan pasrah akan semua ketentuanmu,
sungguh tak mampu diungkapkan, bila kerinduan datang melanda,
aku lemah dan terus lemah, namun bila cahaya keimanan dikau bekalkan,
aku tidak lagi risau dan percaya segalanya pasti terjadi seperti sedia kala,
yang penting, aku perlu terus redha dengan takdir ini,
barulah aku akan berjaya mengawal kerinduan ini....
sungguh di setiap pentadbiranmu pasti ada hikmah yang tak ku ketahui,
aku juga percaya wahai tuhan yang maha bijaksana
andai tiada iman pasti sudah lamaku mati dengan kerinduan yang teramat sangat ini,
sungguh kerinduan ini tidak mampu diungkapkan dan difahami oleh sesiapapun meelainkanmu YaAllah....aku mohon perlindungan darimu dari kesedihan yang berpanjangan..dan jadikan ujian ini adalah asbab aku mampu terus tabah dan kuat menghadapi ujian yang berliku ini...kuatkan aku YaAllah....sungguh tiada siapa lagi layak aku mengadu.....hanya kepada-Mu..
buat semua pembaca setia blog ni, terus kuatkan semangat untuk terus menghadapi cubaan hidup..
sungguh dunia adalah darul imtihan(tempat ujian) dan akhirat penentu syurga yang hakiki...syurga idaman kita semua...ya allah masukkan kami ke dalam syurgamu dan hindarilah kami dari api nerakamu...terima kasih Ya Allah...rahmatilah kami selamanya..AMIN....=)
Subscribe to:
Comments (Atom)